Hanya bermula di rumah dengan menjual pelbagai produk secara dalam talian, seorang suri rumah akhirnya bergelar usahawan, apabila berjaya membuka kedai spa sendiri.<br /><br />Malah, pengalaman membuat promosi dalam talian dimanfaatkan sebaik mungkin oleh Nor Azila Abdul Azib, 39, untuk membuka nyiru spa pada 2016 di Taman Bertam Indah, Kepala Batas, Pulau Pinang.
